Thursday, May 7, 2015

Oh la kerja rumah!

Setelah 2 tahun melalui hubungan perkahwinan jarak jauh, akhirnya dgn izin Allah yg Maha Agung, kami dapat tinggal bersama di bawah satu bumbung selayaknya sebagai suami isteri seperti orang lain. Phewwwww penat kau ngurus rumah sendiri, selama ni mak dok bebelll rumah sepah tak rasa apa, sebab tetiba mak dah kemas balik sambil die bebel tu. Sekarang dah duk sendiri baru tau, kerja rumah ni takkan habis!! Br basuh ade lg, br kemas sepah balik, baru sangkut dah jatuh ke mana hala balik. Serve you right tie!!!

Dah jalan!

5.5.2015, hampir 1 tahun 5 bulan, barulah Al Fateh ibu abah berjalan. Maha Suci Allah untuk anak yang sihat tubuh badan. Syukurku hya pdMU Ya Robb.

Beza yg tak perlu diperbesarkan bahagian 2

SLL suke kemaen ayo manis dan sejukkk, teman kemaen baik solehah nak sky juice sentiasa. Kalau nak ayo manis pun, teman sekali tetap baik solehah nak pakai pemanis stevia je, malangnya SLL xgemor, diam je die, terkulat2 nk minum ke tak kalau teman buat. Dalam situasi begini, patut siapa punya selera perlu diutamakan? Kalau ikut logik mestila selera isteri, sebab lebih menyihatkan dan memberi manfaat kepada kedua pihak. Tapi bila bercakap soal kedudukan suami, isteri kena support, kena faham selera suami, jgn hidang sesuatu yg die xsuka, maka jawapannya teman rasa semua para isteri baik solehah mcm teman mesti dah tau punya, jangan gado2 ye, utamakan selera suami, kite sebagai isteri buatla secawan ayo yg lain, elakkan bergado bende kecik yeeeeeeeee. peace.

Beza yg tak perlu diperbesarkan bhgn 1

Sang laki-laki (SLL) yg ala-ala tough suka berus gigi hard, sang perempuan yg cantik manis suka berus gigi soft. SLL pakai berus gigi jenama apa saja asalkan hard. (currently SLL pakai jenama jordan). Sang perempuan jgn kau buat main, dia mau yg soft dan satu jenama sahaja, SYSTEMA!!!